Saturday, 14 October 2017

CIC & TECHCREAVERY 2017

CREATIVE INNOVATION CHALLENGE (CIC) and TECHNOLOGY, CREATIVITY AND DISCOVERY 2017(TECHCREAVERY 2017)
10-12 Oktober 2017

Creative Innovation Challenge and Techcreavery 2017 adalah aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) bersama dengan Jabatan Teknologi Maklumat & Komputer (JTMK) dan Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) Politeknik. Gabungan dua aktiviti yang berfokuskan kepada ICT dalam bidang Information Technology dan Creative Technology.  Ini adalah tahun ketiga aktiviti ini berlangsung. Aktiviti yang diterajui oleh BPK ini dianjur bersama oleh Politeknik Balik Pulau dan Politeknik Ibrahim Sultan. 


Objektif utama aktiviti ini ialah untuk membangunkan pelajar menjadi Global Citizen dengan 21st century skills sebagai laluan untuk berkoloboratif bersama rakan global dimasa hadapan. Untuk mencapai objektif tersebut, aktiviti seumpama ini telah disusun dengan memasukkan elemen 21st century skills; learning skills, literacy skills, dan life skills dengan focus kali ini termasuklah yang terkini - Industry Revolution 4.0 (IR4.0).  Objektif aktiviti ini juga tercapai dengan sokongan kukuh jalinan kolaborasi industry.

Aktiviti ini juga tertakluk di bawah projek NBOS-TVET: Talent Development in Digital Technology / Modular Diploma yang membangunkan Program Diploma in Digital Technology (DDT) dan Diploma in Digital Creative Technology (DCT).  aktiviti ini dijangka dapat menaikkan nama dan status program DDT dan DCT.  

Secara keseluruhanya pelajar telah dapat membina pemikiran kreatif (creative thinking) dan mampu mengaplikasi skill penyelesaian masalah (problem solving) setelah melalui proses discovery, innovation and challenge. Ini adalah antara elemen dalam 21st century skills yang dimiliki setelah mengikuti proses tersebut yang amat diperlukan untuk jaringan kolaboratif bagi membolehkan pelajar menjadi Global Citizen.

Friday, 6 October 2017