CREATIVE INNOVATION CHALLENGE (CIC) and TECHNOLOGY,
CREATIVITY AND DISCOVERY 2017(TECHCREAVERY 2017)
10-12 Oktober 2017
10-12 Oktober 2017
Creative Innovation Challenge and Techcreavery 2017 adalah aktiviti
tahunan yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Jabatan
Pendidikan Politeknik (JPP) bersama dengan Jabatan Teknologi Maklumat &
Komputer (JTMK) dan Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV)
Politeknik. Gabungan dua aktiviti yang berfokuskan kepada ICT dalam bidang Information
Technology dan Creative Technology.
Ini adalah tahun ketiga aktiviti ini berlangsung. Aktiviti yang
diterajui oleh BPK ini dianjur bersama oleh Politeknik Balik Pulau dan
Politeknik Ibrahim Sultan.
Objektif utama aktiviti ini ialah untuk membangunkan
pelajar menjadi Global Citizen dengan
21st century skills sebagai
laluan untuk berkoloboratif bersama rakan global dimasa hadapan. Untuk mencapai
objektif tersebut, aktiviti seumpama ini telah disusun dengan memasukkan elemen
21st century skills; learning skills,
literacy skills, dan life skills dengan focus
kali ini termasuklah yang terkini - Industry
Revolution 4.0 (IR4.0). Objektif aktiviti ini juga tercapai dengan
sokongan kukuh jalinan kolaborasi industry.
Aktiviti ini juga tertakluk di bawah projek NBOS-TVET: Talent Development in Digital
Technology / Modular Diploma yang membangunkan Program Diploma in Digital Technology (DDT) dan Diploma in
Digital Creative Technology (DCT). aktiviti
ini dijangka dapat menaikkan nama dan status program DDT dan DCT.
Secara keseluruhanya
pelajar telah dapat membina pemikiran kreatif
(creative thinking) dan mampu mengaplikasi skill penyelesaian masalah (problem
solving) setelah melalui proses discovery, innovation and challenge. Ini adalah antara elemen dalam 21st century skills yang
dimiliki setelah mengikuti proses tersebut yang amat diperlukan untuk jaringan kolaboratif
bagi membolehkan pelajar menjadi Global
Citizen.